

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MARANG


​
​
PIAGAM PELANGGAN
​
Kami Warga Pejabat Pendidikan Daerah Marang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
​
-
Memastikan semua kanak-kanak berusia enam tahun ke atas mendapat peluang belajar pada hari pertama persekolahan.
-
Membantu sekolah mengembangkan potensi individu pelajar secara bersepadu dan menyeluruh.
-
Menguruskan dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel.
-
Menyediakan tenaga guru yang mahir, prihatin dan berwawasan.
-
Menentukan kekosongan jawatan Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan diisi dalam tempoh satu bulan selepas berlakunya kekosongan.
-
Memastikan tuntutan daripada guru dan bukan guru diproses dalam masa 14 hari dari tarikh tuntutan diterima.
-
Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dengan memberikan layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh lima minit.
-
Memastikan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran.
-
Memastikan semua sekolah dibekalkan dengan guru-guru secukupnya mengikut keperluan sekolah.
-
Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi peningkatan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan dalam semua aspek.